Wednesday, March 31, 2010

Pilihanraya DUN Hulu Selangor. Apabila Pemimpin UMNO Tak Reti Berhujah.

Calon MIC dikatakan sudah pasti akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Alasan yang diberikan ialah kuota MIC dan semangat komponen BN.

Dulu tempat tersebut memang kerusi UMNO. Kuota MIC sudah diberi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Dan BN kalah. Kalau hendak cerita pasal kuota pun, tunggulah PRU akan datang. Pilihanraya kecil kali ini BN mesti menang untuk mengekalkan momentum kemenangan di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang telah dimenangi dengan majoriti besar kerana calon yang betul iaitu Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, artikel saya ada menyebut tentang pilihanraya ini sebagai ujian untuk slogan 1Malaysia. Ini saya hendak ingatkan lagi pemimpin UMNO. Pencapaian diutamakan. Tidak faham-faham atau memang "dumb dumb dumb" ??

//Dumb may refer to: Muteness, a speech disorder in which the person cannot or will not speak; Stupidity, the lack of intelligence//