Friday, March 5, 2010

Khir Toyo Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah

Khir Toyo dalam blognya bercerita tentang perlunya NGO Melayu. Beliau turut bercakap tentang kegagalan parti-parti dalam menjaga hak-hak sepertimana dalam perlembagaan.

Dah jadi ketua pembangkang barulah nak cakap benda-benda yang lazat didengar. Semasa pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar mengapa main politik selamat. Kenapa tidak berani mewujudkan dasar-dasar yang membela hak yang dipertahankan oleh UMNO? Tan Sri Mohammad dulu masa jadi menteri besar sudah berjaya wujudkan bandar-bandar Melayu baru di sekitar Selangor. Tetapi kemudiannya bila dah wujud, kepimpinan baru tidak pandai menjaga.

Setakat modal air liur buat apa. Pulangkan semula semua kemewahan yang dikecapi semasa jadi Menteri Besar dulu untuk UMNO betulkan keadaan. Jangan disimpan duit tu. Dah kalah masih nak memimpin?

Sudah jelas kepimpinan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kegemilangan Negeri Selangor. Inilah masanya untuk BN memenangi semula hati rakyat. Berilah laluan kepada orang baru. Ajar orang baru. Ikhlaslah dalam perjuangan. Semoga yang tunggang-langgang dapat diperbetulkan.