Wednesday, March 31, 2010

Pilihanraya DUN Hulu Selangor. Apabila Pemimpin UMNO Tak Reti Berhujah.

Calon MIC dikatakan sudah pasti akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Alasan yang diberikan ialah kuota MIC dan semangat komponen BN.

Dulu tempat tersebut memang kerusi UMNO. Kuota MIC sudah diberi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Dan BN kalah. Kalau hendak cerita pasal kuota pun, tunggulah PRU akan datang. Pilihanraya kecil kali ini BN mesti menang untuk mengekalkan momentum kemenangan di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang telah dimenangi dengan majoriti besar kerana calon yang betul iaitu Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, artikel saya ada menyebut tentang pilihanraya ini sebagai ujian untuk slogan 1Malaysia. Ini saya hendak ingatkan lagi pemimpin UMNO. Pencapaian diutamakan. Tidak faham-faham atau memang "dumb dumb dumb" ??

//Dumb may refer to: Muteness, a speech disorder in which the person cannot or will not speak; Stupidity, the lack of intelligence//

Saturday, March 27, 2010

WTF? Pembazir Wang Kerajaan Dapat Ijazah Kehormat UTM

AirAsia Group CEO Dato' Sri Tony Fernandes  was conferred with an Honorary Doctorate of Business Innovation by Universiti Teknologi Malaysia.

An honorary degree. A degree without studying. The university often derives benefits by association with the person in question

Hmmm that sound and smells like Tony. It is just that I can't believed he got a doctorate out of spending government money.

AirAsia settles airport tax arrears after it gets RM25mil discount - The Star

  Syabas UTM. Malaysia boleh.

Thursday, March 25, 2010

UMNO Masih Nak Bagi MIC?

AlFatihah.
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia malam tadi di rumahnya. Allahyarham menang tipis kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Mantan Timbalan Menteri Besar Selangor ini sudah pasti tidak akan jadi wakil rakyat kalau masih dalam UMNO.

Sekarang mahu bagi siapa? UMNO atau MIC? Kalau ikut tradisi MIC dan MCA, segala yang mereka dah dapat tidak akan diberi balik.

Ujian pertama 1Malaysia.

Friday, March 5, 2010

Khir Toyo Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah

Khir Toyo dalam blognya bercerita tentang perlunya NGO Melayu. Beliau turut bercakap tentang kegagalan parti-parti dalam menjaga hak-hak sepertimana dalam perlembagaan.

Dah jadi ketua pembangkang barulah nak cakap benda-benda yang lazat didengar. Semasa pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar mengapa main politik selamat. Kenapa tidak berani mewujudkan dasar-dasar yang membela hak yang dipertahankan oleh UMNO? Tan Sri Mohammad dulu masa jadi menteri besar sudah berjaya wujudkan bandar-bandar Melayu baru di sekitar Selangor. Tetapi kemudiannya bila dah wujud, kepimpinan baru tidak pandai menjaga.

Setakat modal air liur buat apa. Pulangkan semula semua kemewahan yang dikecapi semasa jadi Menteri Besar dulu untuk UMNO betulkan keadaan. Jangan disimpan duit tu. Dah kalah masih nak memimpin?

Sudah jelas kepimpinan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kegemilangan Negeri Selangor. Inilah masanya untuk BN memenangi semula hati rakyat. Berilah laluan kepada orang baru. Ajar orang baru. Ikhlaslah dalam perjuangan. Semoga yang tunggang-langgang dapat diperbetulkan.

Tuesday, March 2, 2010

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Cakap bohong lama-lama kena curi!

Minggu ni ramai jadi ahli politik69. Ada yang melompat. Ada yang terlompat-lompat. Bangang jugak pemimpin PKR DAP ni yang tak reti jaga pemimpin bawahan mereka. Macam ni ke nak jaga rakyat yang berjuta orang?
Agensi Husin Lempoyang melaporkan:

Tarikh: 1 Mac 2010
SYUKUR FAIRUS KELUAR KEADILAN


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.
....



Si Luncai terjun dengan labu-labunya!!!

Biarkannnnn.. Biarkannnn..









Si Luncai terjun dengan labu-labunya!!!
Silakannnn..... Silakannnn...





Sekejap BN, sekejap PR. Pergi sana jadi hero. Pergi sini jadi hero. Apa punya politik kau orang pakai? Korang ingat parti politik ni seluar dalam ka. Suka-suka mahu tukar.