Kos sara hidup yang tinggi pada masa ini telah menghimpit majoriti rakyat dan menyebabkan tekanan hidup kepada keluarga serta kesan sosial kepada anak-anak. Apatah lagi dengan kebanjiran berjuta pendatang asing ke negara ini samada secara sah atau tanpa izin. Majikan yang tamak haloba kini dengan mudah dan angkuh menolak permohonan pekerjaan oleh rakyat kita atas pelbagai alasan.
Negara-negara di dunia telah lama melaksanakan gaji minima untuk rakyat mereka. Di Amerika Syarikat misalnya, gaji minima adalah antara US$5.15 (RM16) sejam di Negeri Wyoming hingga US$8.55 (RM27) sejam di negeri Washington. Negara kita tidak mungkin dapat memberikan sebanyak itu. Tetapi, kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak menaikkan pendapatan rakyat, polisi gaji minima mesti dilaksanakan.
Terdapat banyak kajian telah dibuat berkenaan gaji minima. Di sini saya ringkaskan kebaikan dan keburukan polisi gaji minima. Perlaksanaan dengan kaedah yang bersesuaian dengan negara ini membolehkan keburukan polisi ini dapat dikurangkan.
Kebaikan polisi gaji minima.
- Pekerja mendapat jaminan pulangan keuntungan yang sepatutnya dari majikan berdasarkan faktor sara-hidup semasa yang ditetapkan kerajaan.
- Pekerja bawahan dapat menikmati gaya hidup yang lebih baik. Misalnya, mereka tidak perlu lagi kerja siang dan malam untuk mencukupkan pendapatan keluarga.
- Pendapatan tambahan bermakna peningkatan kuasa membeli dan ini baik untuk ekonomi.
- Membesarkan jurang pendapatan antara rakyat yang bekerja dan rakyat yang mendapat bantuan kerajaan akibat tidak bekerja. Sekarang rakyat yang bekerja turut mendapat bantuan kerajaan kerana berada di bawah paras kemiskinan. Kebergantungan sara-hidup kepada kerajaan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk tujuan lain.
- Mengurangkan kadar pengangguran dan pergantungan kepada pendatang asing kerana majikan akan memilih rakyat tempatan jika gaji mereka dengan pendatang adalah sama tinggi. Pendatang akan lebih mahal disebabkan kos membawa mereka masuk.
- Menambah kos operasi majikan jika produktiviti tidak meningkat
- Majikan mungkin akan menaikkan harga barang (cost push inflation)
- Majikan tidak dapat menggajikan lebih ramai pekerja
- Boleh menyebabkan kurang peluang pekerjaan di sesetengah sektor atau industri
- Pekerja berpengalaman akan meminta kenaikan gaji
Undilah parti politik yang mampu merealisasikan perlaksanaan polisi gaji minima demi rakyat Malaysia.